PERANCANGAN TAHUNAN KOKURIKULUM
SEK MEN. KEB. CONVENT FATHER BARRE
08000 SUNGAI PETANI
PENDAHULUAN: Kecemerlangan pendidikan pelajar sekolah merangkumi bidang-bidang dalam akademik dan bukan akademik. Dasar ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang impikan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, mental, emosi, dan jasmani. Justeru penglibatan pelajar dan guru secara menyeluruh di samping perancangan yang mantap, diyakini resipi ke arah merealisasikan hakikat ini. Menyedari hakikat inilah, lahir konsep 6P yang menjadi teras bagi memenuhi perancangan kokurikulum di sekolah ini.
KONSEP 6P: Dianggap sebagai lima tunggak atau “pillar” bagi menjayakan
kecemerlangan dalam bidang ini. Konsep ini melibatkan:
PERANCANGAN yang teliti ini melibatkan masa yang panjang
kerana setiap hasilan biasanya memerlukan jangka masa yang
tertentu.
PELAKSANAAN yang berkesan ini berkehendakkan kerjasama
erat daripada kalangan guru dan pelajar.
PENGLIBATAN yang menyeluruh, daripada warga sekolah.
PERMANTAUAN yang berkesan yang melibatkan penyelaras bagi
membantu dan membimbing supaya setiap kegiatan yang dirancang
berjalan lancar.
PENGHARGAAN dianggap sebagai pemacu kepada kejayaan.
Penghargaan ini adalah pengiktirafan baik kepada pelajar atau guru.
PENAJAAN juga merupakan suatu elemen penting sebagai tanda
sokongan luar dalam merealisasikan cita-cita murni ini.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Antara matlamat dan objektif yang hendak dicapai adalah seperti berikut:
- Perseimbangan antara perkembangan intelek, jasmani, sosial, dan emosi.
- Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar.
- Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam darjah dan perluasan pengalaman pelajar.
- Pengisian masa lapang pelajar yang berfaedah, memberi kegembiraan dan pembinaan kesihatan serta kesejahteraan diri.
- Peningkatan disiplin memalui penyemaian nilai dan sikap positif selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Penghayatan suasana sekolah yang ceria, menarik dan menyeronokkan.
- Penglibatan dan kerjasama serta sumbangan dua hala antara sekolah, ibu bapa serta masyarakat sebagai rakan kongsi dalam dunia pendidikan.
STRATEGI PELAKSANAAN
- Mengadakan kursus dari semasa ke semasa selaras dengan keperkuan dan
kesesuaiannya.
- Memperseimbangkan bidang kokurikulum dengan kurikulum sebagai
suatu proses pendidikan yang saling melengkapi.
- Memberi peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan secara sukarela
samada dalam bentuk individu mahupun kumpulan.
- Merancang kegiatan ini secara teliti dan menyeluruh berdasarkan perancangan
strategik lima tahun.
- Merekod dan menilai segala kegiatan yang dijalankan serta meneliti kemajuan
yang dicapai dalam sesuatu tempoh tertentu.
- Mengadakan pemantauan yang berkesan disamping mengenalpasti kelemahan
agar dapat diatasi segera.
- Mengadakan penghargaan dan pengiktirafan kepada yang terlibat samada guru
atau pelajar dalam mengharumkan nama sekolah.
PENJENISAN KOKURIKULUM
Seperti tahun-tahun lepas, kegiatan ini diagihkan kepada tiga komponan yang utama iaitu persatuan, kelab, permainan dan badan-badan beruniform. Sehubungan itu, setiap pelajar dikehendaki menglibatkan diri dalam 3 jenis iaitu 1 dalam Persatuan atau Kelab Akademik, 1 dalam Permainan dan 1 lagi dalam Badan Unit Beruniform.
PERSATUAN
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Tamil Ekonomi Rumahtangga & Kemahiran Hidup Geografi & Pencinta Alam Pendidikan Agama Islam Sejarah Sains & Matematik Pendidikan Seni Visual
Muzik
Moral, Rukun Negara & Sivik |
KELAB
Fotografi Bimbingan & Kaunseling Komputer Koperasi Pengguna Kebudayaan, Kesenian Warisan & Pelancongan SPBT
Keselamatan, Pencegahan Jenayah & Ppda
Kewangan
|
||||
PERMAINAN
Badminton Bola Baling Bola Jaring Bola Tampar Boling Olahraga Sofbol Hoki Catur |
PASUKAN BERUNIFORM
Kadet Polis Sekolah Kadet Remaja Sekolah Pandu Puteri Pengakap Puteri Puteri Islam St. John Ambulans Taekwondo |
||||
VISI
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
UNIT KOKURIKULUM
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
UNIT KOKURIKULUM AKAN BERUSAHA KE ARAH:
- Merancang, menganjur, mengelola dan menilai kegiatan kokurikulum bagi melengkap dan memperkukuh pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
- Memangkin modal insan yang bersahsiah tinggi, berdaya saing, berdisiplin, kreatif, inovatif dan berketahanan diri yang tinggi.
- Memacu semangat patriotik dalam kalangan murid.
- Meningkatkan penglibatan murid dalam semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
- Meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan murid dalam semua pertandingan kokurikulum.
- Mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.
- Meningkatkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan memimpin dalam kalangan murid.
- Menyediakan kemudahan asas dan peralatan yang cukup, sesuai dan selamat untuk semua aktiviti kokurikulum.